MISI
 

Falsafah Sekolah

1.    Semua murid di sekolah ini mempunyai kebolehan masing-masing dari segi intelek dan fizikal       dan mereka harus diberi peluang berkembang maju berdasarkan kebolehan dan potensi mereka.

2.    Semua guru di sekolah ini berusaha dengan kerjasama semua ibu bapa untuk melahirkan murid-murid sebagai warganegara berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

3.    Komitmen untuk mendidik murid-murid sekolah ini ke arah pencapaian Wawasan Pendidikan dan Wawasan 2020.
 

Matlamat Sekolah

1.    Menjadikan sekolah ini sebuah sekolah yang dapat memainkan peranannya untuk melahirkan murid-murid yang kecemerlangan pendidikan sebagaimana yang tercatat dalam Wawasan pendidikan.

2.    Menanamkan sikap penyayang di kalangan murid-murid untuk mewujudkan masyarakat penyayang di samping melahirkan ahli masyarakat yang bermutu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek ke arah Wawasan 2020.
 

Objektif Sekolah

1.    Menempatkan SJK(C) Ai Chun (1) di tahap yang membanggakan oleh murid-murid, guru-guru, kakitangan sekolah ini melalui :
(a ) Peningkatan taraf pencapaian murid-murid dalam bidang akademik/peperiksaan dari segi kuantiti dan kualiti.
(b )Menandingi dan mendahului sekolah-sekolah lain dalam bidang adademik dan ko-kurikulum.

2.    Memastikan murid-murid dapat menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira.

3.    Mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan pembelajaran untuk mencapai taraf kelulusan peperiksaan ke tahap setinggi yang mungkin.

4.    Membina sikap dan perlauan yang baik di kalangan murid-murid berpandukan nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian yang diterima dan dihargai oleh masyarakat berlandaskan RUKUN NEGARA serta menjadikannya asas bagi amalan hidup.

5.    Mewujudkan suasana kekeluargaan di kalangan murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah.

6.    Menanam semangat cintakan sekolah dan perasaan kekitaan di kalangan guru-guru, murid-murid serta kakitangan sekolah.

7.    Mewujudkan suasana alam sekeliling sekolah yang sihat dan memberi keyakinan untuk mencapai segala kemudahan yang disediakan di sekolah.

8.    Melahirkan murid yang berilmu pengetahuan disamping mengasah dan memupuk bakat dan minat belajar dalam bidang sukan,permainan,kesenian,kebudayan dan kebajikan melalui kegigihan ko-kurikulum.

9.    Melahir murid-murid yang berpegang teguh kepada disiplin secara menyeluruh.

10.    Menanam sikap dan semangat toleransi,memahami dan menghormati hak,cara hidup,nilai norma,kebudayaan dan agama kaum atau keturunan lain.

11.    Mewujudkan kepercayaan dan keyakinan kepada ibu bapa akan keupayan sekolah ini memberi pendidikan yang baik dan sempurna.

12.    Memastikan penglibatan murid-murid yang penuh dalam aktiviti-aktiviti kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional.

13.    Menyemaikan sikap cintakan keamanan,kesejahteraan dan keharmonian di kalangan murid-murid.

14.    Menghayati kebersihan dan keceriaan sekolah dan seterusnya mewujudkan sikap mencintai dalam semulajadi di kalangan murid-murid.
 

[Home]