Seisi keluarga SJK (C)
Ai Chun (1) berbesar hati dan berbangga kerana dipilih sebagai ahli Projek
Sekolah Syber Daerah Batu Pahat.
Ribuan terima kasih dirakamkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat kerana memberikan peluang kepada kami untuk memperkenal diri melalui media komunikasi yang canggih ini.
Diharap dengan kesempatan yang unik ini dapatlah SJK (C) Ai Chun (1) menyebarkan biodata yang tersendiri dalam dunia pendidikan dan seterusnya dunia komunikasi.
Sumber-sumber maklumat dalam Homepage ini membolehkan orang ramai berpeluang mengenal sekolah ini lembaran penubuhan hinggalah ke saat-saat kegemilangan yang dicapai kebelakangan ini.
Langkah ini adalah wajar dan perlu agar pihak-pihak yang selama ini memberi sumbang bakti kepada sekolah ini memahami perkembangan terbaru.
Dalam pada itu, melalui media maklumat ini, diharap pihak yang berkenaan menghulurkan sumbang baik dari segi buah fikiran mahu pun wang ringgit.
Akhir kata, kami dapat bertukar-tukar maklumat dengan ahli-ahli projek ini yang lain dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
LOH SIEW CHING
Guru Besar,
SJK(C) Ai Chun (1),
Batu Pahat,
Johor.